skip to Main Content

Tips bersihkan rumah

Cleaning Services

Anda hanya perlukan strategi dan pengurusan masa.


Percayalah, anda boleh lakukannya sendiri tanpa perlu mengupah tukang cuci! Ia sangat mudah dan boleh menjimatkan wang anda. Menarik, kan?

Mengemas rumah boleh memakan masa yang agak panjang terutamanya jika anda seorang amatur. Bayangkan, waktu hujung minggu yang sepatutnya digunakan untuk anda berehat dan relaks, terpaksa digunakan untuk mengemas dan mencuci rumah. Akan tetapi, ini tidak akan menjadi satu masalah yang besar jika anda ada cara yang strategik dan efisien.

Anda boleh mengemas dan mencuci rumah bersaiz sederhana dalam masa sejam, namun anda harus rajin dan kekal fokus!

Anda mungkin terfikir, “apelah mamat ni tau pasal mengemas rumah”, kan? Anda pasti akan belajar satu dua perkara apabila melihat pakar melakukannya. Nah, ape tunggu lagi? Sarungkan “rubber glove” anda dan jom kita mulakan!

Mulakan dari atas

© 123rf

Kenapa mulakan dari atas? Anda tentunya tidak mahu untuk menyapu lantai berulang kali, kan? Ingat lagi hukum graviti?

Berikan perhatian kepada tempat-tempat yang sedikit sukar untuk dicapai seperti sudut dinding, alang bumbung dan lain-lain. Gunakan tangga untuk memudahkan anda membersihkan kawasan ini. Terutamanya jika anda bersaiz ‘comel’.

Pastikan anda dapat mengakses alatan cucian anda dengan mudah – bayangkan betapa lecehnya jika anda perlu berulang-alik ke tandas atau di mana-mana sahaja anda menyimpannya. Untuk anda yang tinggal di rumah dua tingkat, ini tips yang paling bagus untuk projek pembersihan anda – mulakan dari semua bilik di tingkat atas dan seterusnya ke tingkat bawah.

Lap perabot anda

© 123rf

Sekarang siling anda sudah bersih dan semua habuk kini ada di atas lantai. Lega rasanya anda tidak mula mengemas dengan menyapu lantai, betul tak?

Untuk sebab yang sama, kita beralih ke perabot pula. Mengelap perabot dengan kain yang lembap amat digalakkan, namun anda harus gunakan kain yang kering apabila anda ingin mengelap perabot kayu anda. Anda tidak mahu perabot anda reput, kan? Jadi masalah lain pula nanti.

Cucikan semua bilik air sekaligus

© 123rf

“Bilik air? Senang je”! Salah. Jangan pandang rendah ye. Sama taktik yang kita gunakan apabila membersihkan siling, mulakan dari atas.

Lantai bersabun yang licin boleh membahayakan anda. Jadi, tinggalkan ia sebentar. Anda boleh semburkan pencuci ke dinding bilik air, mangkuk tandas dan singki. Biarkan ia selama 10 minit.


Artikel penuh di: https://www.iproperty.com.my/lifestyle/tips-bersihkan-rumah-kurang-dari-sejam-ms/

Back To Top